skip to main |
skip to sidebar

Saya tidak mahu mengulas mengenai perlawanan dengan Lyon. Kalah atau menang, saya akan tetap bersama-sama Liverpool. Bersama-sama Liverpool bermaksud menerima segala kelebihan dan kekurangan pasukan Merah dari Merseyside ini. Saya bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi apabila kita menang, semua yang terlibat dengan Liverpool akan disanjung bagai raja namun apabila kita berada dalam keadaan kemerosotan prestasi seperti sekarang, kenapa kita tidak berdiri bersama-sama Liverpool untuk menangkis segala kutukan musuh? Saya amat terkilan apabila membaca komen serta pendapat yang cukup negatif mengenai Liverpool datangnya daripada peminat sendiri. Di mana semangat Liverpool anda semua? Sekarang bukanlah masa untuk kita menunding jari kepada mana-mana pihak di atas kemerosotan prestasi Liverpool. Rakan-rakan sekalian, sekarang adalah masa untuk kita semua para peminat Liverpool bersatu serta bangkit untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada LIVERPOOL FC! Hentikan permainan mencari kesalahan pasukan kita yang pasti tidak akan mendatangkan faedah kepada sesiapapun. Saya berharap rakan-rakan dapat bersabar buat masa sekarang (walaupun sudah lama sabar), kerana kita mememerlukan segala sumber yang ada di Liverpool untuk menjana kebangkitan kembali Liverpool secepat mungkin. Kepada rakan-rakan yang kecewa dengan prestasi Liverpool, hayati semangat yang terkandung di dalam lirik keramat dibawah. Semoga kepercayaan dan kesetiaan anda semua tidak pudar ke atas LIVERPOOL FC.