Saturday, November 7, 2009

birmingham vs LFC

Setelah melalui ranjau tragedi Oktober. Episod terbaru lembaran baru November bermula dengan perlawanan menentang Birmingham City, saudara kembar kepada Aston Villa. Pasukan itu tidaklah sehebat kembarnya, tetapi pertahanan mereka agak mengkagumkan.Bukannya mereka belum bolos, tapi corak bertahanan mereka agak mantap. Joe Hart adalah kunci utama konsistensi mereka. Pinjaman dari Man City ini memang bakal menjadi penjaga gawang utama England suatu masa nanti. Kalau nak tahu statistik pergi tanya siapa saja yang main Football Fantasy, Joe Hart adalah antara penjaga gawang yang sentiasa memberikan poin yang konsisten. Kalau setakat Voronin didepan aku rasa si Joe bakal tersenyum kambing saja. Begitu juga barisan pertahanan mereka yang kejap, main dengan Man City pun mereka tak takut inikan pula dengan Voronin. Kalau Torres sekalipun aku agak risau kerana agak senang bagi mereka menjaga Torres yang separuh cedera. Yang lain agak mudah dibereskan.

Bahagian tengah mereka dikemudi oleh bekas budak nakal, Bowyer. Mungkin dah matang sekarang dan aku puji sikap itu. Walaupun tidak sehebat ketika bersama Lampard di West Ham dulu, tapi masih ada sengatnya. Barry Ferguson mungkin nama asing, tapi bagi sesiapa yang fanatik permainan Championship Manager pasti mengenali beliau. Bukan ada kena mengena dengan Alex Ferguson pun. Walaupun dalam dunia nyata beliau tidak sehebat mana, tetapi permainannya amat seiras Roy Keane, kasar dan bersemnagat. Yang lain aku ingat ialah Sebastian Larson. Bekas pemain muda Arsenal ini memang sempoi. Main pon nak macam Ljungberg si jambul merah. Apa yang merbahaya si Larson ni adalah pakar sepakan bebas. Untuk menghadapi barisan tengah Birmimgham, pasukan kita kena main corak sekali sentuh (one touch footie) , ini sebab kalau nak kawal bola dari tengah alamat ada kaki yang nak kena tebas. Lucas boleh menjadi nadi penggerak, kerana beliau amat suka corak ini dan memang sesuai denganya. Dan Mascherano bakal menjadi benteng terakhir sebelum serangan menghampiri bek kita yang turun tanpa Carragher. Aku tak pasti samada Kargiakos atau Skrtel akan bersama Agger untuk menangkis serangan Birmingham. Tapi daripada kargiakos baik bagi peluang kat Ayala.

Christian Benitez mewakili barisan depan pasukan biru pun tiada bau bau bacang dengan Rafa. Tengok warna pun lain. Gaya pemain Equador ini ala-ala Yakubu Everton. Laju, rajin dan fizikal mantap, Cuma kita mungkin bernasib baik kerana Chuco belum khatam lagi selok belok EPL. Lagi seorang yang aku rasa cukup merbahya dibarisan hadapan skuad biru adalah McFadden. Kenal tak bekas pemain Merseyside biru ini. Masa main dengan Man City dia main begitu baik sehinggalah dikeluarkan sebab tendang penalti tak masuk.

Itu sahaja garapan tetang pasukan Birmingham City yang aku tahu. Nak cakap senang nak makan pasukan ini pun susah Rafa tak pernah menang dengan mereka lagi. Tapi nak kata susah pun aku berasa kalau kena dengan percaturan boleh menang mudah. Janji jangan letak mamat tocang kuda tu lagi. Memang main tak bersemangat lansung. Baik turunkan pemain muda macam Ecceleston lagi baik, walaupun tak berpengalaman tapi sanggup berusaha. Akhir kalam aku yakin Aquilani bakal memberikan suntikan aura kemenangan jika bermain. Semua peminat ternanti-nantikan persembahan kedua selepas di Emirates dulu.

Lyon vs LFC

[stat+lyon.jpg]
Saya lampirkan di blog ini, statistik dan rating pemain-pemain Liverpool ketika menentang Lyon di Stade de Gerland di dalam Liga Juara-Juara Eropah. Statistik dan rating ini diperolehi daripada pihak ketiga iaitu dailymail.co.uk. Jelas jika kita lihat kepada statistik ini, pemain-pemain Liverpool memang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan ini. Liverpool menguasai sepenuhnya perlawanan ini daripada awal sehinggalah ke akhir perlawanan. Dengan barisan pemain utama yang masih mengalami kecederaan, Liverpool tampil dengan barisan pemain yang berbeza namun bersemangat untuk memenangi perlawanan ini. Saya yang menyaksikan perlawanan ini agak terkejut dengan taktik bertahan yang digunakan Lyon di dalam perlawanan ini. Sebagai tuan rumah dan antara pasukan terkuat di Perancis, Lyon telah memberikan peluang kepada Liverpool untuk melancarkan serangan demi serangan ke arah gawang mereka. Mereka hampir berjaya berbuat sedemikian sehinggalah jaringan Ryan Babel berjaya memecahkan kebuntuan dan membolosi penjaga gol Lyon Lloris yang pada awalnya nyata banyak menyelamatkan percubaan bahaya Liverpool. Namun kealpaan barisan pertahanan Liverpool pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan Lisandro menjaringkan gol penyamaan. Misi kita sukar dan hampir mustahil sehinggakan ada sesetengah pihak menyatakan Liverpool memerlukan keajaiban untuk layak. Apapun yang mereka katakan, teruskan sokongan anda semua kepada Liverpool FC!!!

Apabila terbaca berita mengenai perkembangan kecederaan yang dialami oleh penyerang utama The Reds Fernando Torres, terasa amat kecil pula saya rasa sebagai salah seorang peminat. Kecil terasa kerana pengorbanan yang diberikan oleh Torres amatlah besar ertinya di saat Liverpool bergelut dengan prestasi yang tidak menentu sekarang ini. Torres, seperti yang kita semua sedia maklum, bermain dengan kesakitan di dalam tiga perlawanan terakhir Liverpool menentang skuad syaitan merah, Fulham dan juga Lyon (beliau tidak diturunkan ketika menentang skuad senapang di dalam perlawanan Piala Carling). Timbul juga sedikit kerisauan kerana takut kecederaan penyerang utama Liverpool ini akan bertambah teruk jika beliau terus bermain di dalam keadaan sedemikian. Namun itulah pengorbanan seorang pemain yang cukup sinonim dengan Liverpool ini. El Nino walaupun berdarah Sepanyol namun semangat sebagai seorang Reds tetap utuh di dalam diri beliau. Apabila beliau tiba di Anfield 2 musim yang lalu, saya agak terperanjat kerana cukup banyak pasukan elit yang cuba mendapatkan khidmat beliau namun ditolak dengan baik oleh beliau. Sehinggalah pada satu masa beliau menerima panggilan daripada Rafa Benitez untuk bertanyakan adakah beliau berminat untuk bermain dengan The Reds. Saat itu merupakan titik tolak di dalam karier bolasepak Torres dan beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Liverpool. Kini penyerang utama Sepanyol ini kekal setia dengan Liverpool dan baru-baru ini telah menyambung kontrak baru sehingga 2014.


Betapa beruntungnya Liverpool memiliki penyerang yang cukup berbisa ini dan selain daripada itu cukup komited dengan pasukan. Dua musim bersama-sama Liverpool dengan jaringan gol bertali arus telah menyebabkan Torres menarik minat perhatian kelab-kelab lain untuk cuba mendapatkan khidmat beliau. Namun ianya ditolak mentah-mentah oleh Liverpool dan Torres sendiri mahu berada di Liverpool untuk membantu kelab ini mencapai lebih banyak kejayaan. Komitmen Torres untuk membantu Liverpool terbukti apabila beliau mengenepikan kesakitan untuk beraksi di atas padang bersama-sama rakan-rakan yang lain. Jika Liverpool mempunyai banyak pilihan, pasti Torres akan diberikan rehat secukupnya tetapi dengan keadaan sekarang dimana ramai pemain-pemain utama yang lain seperti Steven Gerrard dan Glen Johnson yang cedera, Liverpool terpaksa menggantung harapan kepada Torres. Berita terbaru yang diterima, Torres kini berada di Valencia, Sepanyol untuk mendapatkan rawatan ke atas kecederaan beliau. Torres akan bertemu doktor pakar yang menjadi rujukan beliau di sana iaitu Dr Ramon Cugat. Dr Cugat yang banyak merawat Torres di sepanjang karier bolasepaknya akan membuat ujian dan memberikan pandangan kepada Liverpool mengenai kecederaan Torres. Usaha ini adalah untuk memastikan kecederaan Torres itu tidak perlu menjalani pembedahan yang seterusnya akan menyebabkan beliau tidak dapat beraksi dengan lebih lama. Torres ditemani oleh Dr Mark Waller (doktor kelab) semasa berada di Valencia. Saya berharap kecederaan Torres ini akan pulih agar segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh penyerang Sepanyol ini tidak sia-sia.

P.S : Berita terbaru diterima menyatakan Torres tidak memerlukan pembedahan ke atas kecederaan beliau tetapi perlu menjalani rawatan selama 3 minggu untuk pulih.

bawak sial!!!!!

aku grab dari user my-lfc!, rizman

T
ak cukup menanah telinga aku dengar lagu 'Glory-glory' kat radio, kalini mata aku pulak dijangkiti nanah tadi dengan melihat player pujaan aku menyarung jersi setan pulak!
bedebah lu owen.
Aku pasti, owen akan patah kakinya.. lagi best kalau si Carragher tackle dia masa dia turun anfield!

ciss kau.. nyah kau... padam nama dia sbg lagend liverpool.. cpt padamm
gua panass
Penyokong Liverpool toksah risau Owen ke OT. Rekod telah membuktikan Owen ada
badi yg akan menyusahkan team yg ambilnya selepas Liverpool.

1.
Sebaik saja
Owen tinggal Liverpool & join Madrid, Madrid tersungkur dlm La Liga & Liverpool
menang Champions League tanpanya & digeruni semula;

2.
Fabio Capello tak pilih
Owen dlm team England, England mula mencapai kemenangan dlm perlawanan2nya;

3.
Newscastle beli
Owen selepas tinggal Madrid, musim lalu team ini kena
relegated.

4.
Musim ini
Owen bermain utk Manyoo.....mungkin Alex Ferguson dah
bertemu pembaca talkin utk kebumikan dirinya sendiri...

pe nak jadi??

huhh, pasal xde org nk bukak threadd? smua gi Bukit Jalil??

macam2 masalah melanda Lvp skrg:
- Suspended: Carragher (one match) & Degan (three matches)
- Doubtful: Aurelio (calf), Dossena (groin), Torres (groin),
- Injured: Gerrard (groin), Johnson (calf), Reira (hamstring)

so, ganti Gerrard utk Aqualini, dan Babel for Torres..

ni line-up aku (kalo dua ekor tu x fit lg):

Reina
Kelly--
Skrtel--Agger--Insua
-------Mash--Lucas--------
Kuyt-------Aqua------Zohan
----------
Babel----------

p/s: AKHIRNYA, dpt gak aku tgk pasangan Agger & Skrtel..Carra kna red card,
yahoo..
http://static.guim.co.uk/sys-images/Sport/Pix/pictures/2009/11/6/1257528093367/Birmingham-City-v-Liverpo-001.jpg

Thursday, November 5, 2009

sebelum sesi begambar


Di suatu petang yang tenang di Anfield Road, kelihatan dua orang personaliti yang cukup sinonim dengan Liverpool FC. Mereka adalah pemain dan pegurus lagenda Liverpool iaitu Kenny Dalglish dan penyerang utama Liverpool Fernando Torres. Mereka kelihatan amat ceria pada petang tersebut. Mungkin masih gembira dengan kemenangan Liverpool ke atas musuh tradisi syaitan merah pada hari Ahad yang lepas. Mereka berdua sebenarnya sedang menghadiri satu sesi bergambar untuk sebuah akhbar terkemuka di London, yang mana Anfield Road telah dipilih lokasi untuk sesi bergambar tersebut. Di dalam kesibukan bergambar itu, kedua-dua personaliti ini sempat bertukar-tukar pendapat mengenai kedudukan Liverpool sekarang ini. Berikut adalah rakaman perbualan mereka pada petang tersebut :

Kenny : “Waaa nampak ceria aja ari ni Nino?”

Torres : “Mesti la King, wa punya hepi tak abis-abis lagi ni. Hehehe!”

Kenny : “Hepi? Masih sambung gumbira menang game hari Ahad aritu ka?”

Torres : “Yup. Memang hepi tak abis lagi ni. Tak caya try tanya fans. Wa berani cakap suma masih senyum tak abis-abis lagi ni. Hehehe!” sambil meneruskan senyuman beliau.

Kenny : “Lama betul hepi dah nak masuk tiga hari kita menang kat Anfield aritu.”

Torres : “Mesti la King, Bukan selalu nak rasa camni. Lagipun kita menang dengan team kunun2nya kuat. Wa ada baca gak sebelum game, macam-macam caci maki yang diaorang tulis, siap ada yang tahap pemikiran orang utan cakap Liverpool akan kena belasah 8-0.”

Kenny : “Biasa la fans syaitan merah. Memang camtu mentaliti diaorang. Cakap main suka ati mulut busuk diaorang aja. Pikir guna kepala lutut agaknya.”

Torres : “Tapi kita dah buktikan Liverpool mampu menang game tu. Senyap sunyi gelap masa depan fans setan merah. Tu la cakap guna otak la lain kali. Punya la berlagak sebelum game.”

Kenny : “Lantak pi kat diaorang la Nino. Baling bola dan belon atas padang macam sarkas, mungkin fans diaorang ni peminat sarkas tegar kot. Mungkin selalu tengok player dan manager diaorang buat sarkas kat atas padang.”

Torres : “Mungkin betul jugak tu King, sebab selalu sangat diaorang main sarkas ada la peluang untuk wa score sebijik dalam game tu. Hehehe!”

Sedang sibuk make up artist membuat persediaan ke atas mereka, tiba-tiba Kenny mengajukan soalan,

Kenny : “Eh bukan ker game vs syaitan merah sebelum ni ko ada score kan Nino?”

Torres : “Betul2 wa ada score game away musim lepas masa kita belasah diorang 4-1. Menangis tak berlagu time tu. Macam2 kuar time tu King, siap nak belasah kita kununnya nak balas dendam la.”

Kenny : “Oh yer ke? Angin kus-kus betul diaorang yer. Hehehe!”

Torres : “Mamber2 dalam team termasuk big boss Rafa tak amik pot sangat pasal diaorang. Kita tumpukan pada game kita aja, itu lebih penting King.”

Kenny : “Betul tu betul, apa orang mau kata, lantak la diaorang. Bagi kita lawan dulu atas padang pastu baru gebang. Hehehe!”

Torres : “Musim masih panjang dan game banyak lagi. Perjuangan kita masih belum selesai.”

Kemudian kedua-dua personaliti ini keluar ke Anfield Road untuk sesi bergambar dengan jurugambar akhbar terbabit.

Kenny : “Ko main tak game vs skuad senapang dalam Carling Cup nanti Nino?”

Torres : “Tak kot King, big boss suruh rehat, fitness pun belum 100% lagi. Big boss nak pastikan wa fully fit dan ready untuk game dengan Fulham Sabtu nanti.”

Kenny : “Sapa lagi yang tak fit Nino?”

Torres : “Wa dengar banyak yang main game lawan syaitan merah tu akan direhatkan termasuklah Gerrard dan Johnson.”

Kenny : “Abis tu sapa yang turun nanti Nino?”

Torres : “Budak–budak muda kita kot King. Tapi rasanya ada la player senior kita yang terlibat seperti Dossena dan juga Babel.”

Kenny : “Wa nak tengok si Martin Kelly tu main game tu la Nino. Bagus betul prospek masa depan mamat ni.”

Torres : “Mungkin dia ada kalu dah ok daripada kecederaan aritu.”

Kenny : “Kita tengak apa percaturan Rafa ari Rabu nanti Nino.”

Selepas tamatnya perbualan tersebut, kedua-dua personaliti Liverpool ini meneruskan sesi bergambar sehingga hari menggamit senja. Banyak juga gambar yang diambil, letih dibuatnya mereka berdua. Untuk menghilangkan rasa letih tersebut, Kenny telah mengajak Torres melayan Koteow Kerang Anfield Road yang dikendalikan oleh salah peminat Liverpool yang berasal dari Penang tapi sudah lama menjalankan business di Merseyside iaitu Udin Jambul. Memang best pekena Koteow Kerang dan Air Kelapa di kala kesejukan senja semakin menghimpit penghuni kota Merseyside.

*Hanya sekadar imaginasi penulis, Kenny dan Torres tidak terbabit di dalam mana-mana dialog di atas. Sekadar hiburan buat rakan-rakan peminat.



Saya tidak mahu mengulas mengenai perlawanan dengan Lyon. Kalah atau menang, saya akan tetap bersama-sama Liverpool. Bersama-sama Liverpool bermaksud menerima segala kelebihan dan kekurangan pasukan Merah dari Merseyside ini. Saya bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi apabila kita menang, semua yang terlibat dengan Liverpool akan disanjung bagai raja namun apabila kita berada dalam keadaan kemerosotan prestasi seperti sekarang, kenapa kita tidak berdiri bersama-sama Liverpool untuk menangkis segala kutukan musuh? Saya amat terkilan apabila membaca komen serta pendapat yang cukup negatif mengenai Liverpool datangnya daripada peminat sendiri. Di mana semangat Liverpool anda semua? Sekarang bukanlah masa untuk kita menunding jari kepada mana-mana pihak di atas kemerosotan prestasi Liverpool. Rakan-rakan sekalian, sekarang adalah masa untuk kita semua para peminat Liverpool bersatu serta bangkit untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada LIVERPOOL FC! Hentikan permainan mencari kesalahan pasukan kita yang pasti tidak akan mendatangkan faedah kepada sesiapapun. Saya berharap rakan-rakan dapat bersabar buat masa sekarang (walaupun sudah lama sabar), kerana kita mememerlukan segala sumber yang ada di Liverpool untuk menjana kebangkitan kembali Liverpool secepat mungkin. Kepada rakan-rakan yang kecewa dengan prestasi Liverpool, hayati semangat yang terkandung di dalam lirik keramat dibawah. Semoga kepercayaan dan kesetiaan anda semua tidak pudar ke atas LIVERPOOL FC.